09 July 2010

Kerja Amal Pelajar untuk Menebus Markah Merit

Pihak Pengurusan Sekolah telah bersetuju untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menebus markah merit dengan menjalankan kerja amal di sebelah petang. Masa untuk kerja amal ialah dari 2.40 petang hingga 4.10 petang pada hari Isnin - Khamis mulai 12 Julai 2010. Bilangan pelajar untuk menjalankan kerja amal setiap petang adalah antara 5 - 10 orang.

Pelajar-pelajar yang ingin menjalankan kerja amal perlu mendaftar dengan Badan Disiplin Sekolah satu hari sebelum hari menjalankan kerja amal.

Guru pengawas kerja amal ialah guru yang ditugaskan untuk menulis laporan bertugas pada hari Isnin - Khamis setiap minggu. Laporan pengawasan kerja amal perlu dimasukkan ke dalam Laporan harian guru bertugas.

No comments:

Post a Comment