17 June 2010

Kursus Fotografi dan Multimedia



Foto Wira Digital menawarkan package latihan fotografi digital dan multimedia. Latihan dikendalikan oleh Heng Ee Yong, bekas pelajar sekolah ini. Matlumat lanjut boleh diperoleh di http://www.fotowira.com.my/
Guru atau pelajar yang berminat sila hubungi 0179863822 (PKKo).

Pertandingan Orkestra Cina

Tahniah! Pasukan Orkestra Cina telah mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Pertandingan di adakan di Pulau Pinang dari 6 - 7 Jun 2010. Sekolah kita telah memperoleh Pencapaian Emas. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Pasukan Orkestra Cina SMKCHWS atas persembahan yang amat cemerlang.

16 June 2010

Gambar Guru dan Staff Sekolah





Gambar-gambar ini telah telah diambil pada 29 Mei 2010

Bahas Bahasa Cina Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2010


Pasukan Bahas Bahasa Cina sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang berlangsung di Kolej Berjaya, Times Square, Kuala Lumpur dari 5hb Jun - 7hb Jun 2010. Pasukan kita yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu telah berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir. Mereka telah mengalahkan pasukan Negeri Sembilan dan Pasukan Selangor (SMJK Sri Petaling) Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pelajar-pelajar dang guru-guru penasihat, Pn. Chua Ai Peng, Cik Kok Kooi Ngoh dan semua guru Panitia Bahasa Cina