31 July 2010

Speed Control

Please check your e-mails to learn more about the Canadian Speed Controls

23 July 2010

Carta Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Carta keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 untuk semua tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5 telah dikirim melalui e-mail kepada semua guru. Dicadangkan cikgu menggunakan carta ini untuk menyediakan laporan headcount, laporan post-mortem dan lain lain.

17 July 2010

Carta Pencapaian Mata Pelajaran

Carta Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 semua mata pelajaran untuk semua kelas telah siap disediakan. Semua guru diingatkan supaya memastikan bahawa alamat email adalah betul supaya carta-carta ini dapat dihantar kepada anda

09 July 2010

Data SMM

Unit Data Sekolah akan menjalankan pengemaskinian data SMM bermula 12 Julai 2010. Semua guru tingkatan diingatkan supaya membuat persediaan untuk operasi pengemaskinian data kelas masing-masing.

Kerja Amal Pelajar untuk Menebus Markah Merit

Pihak Pengurusan Sekolah telah bersetuju untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menebus markah merit dengan menjalankan kerja amal di sebelah petang. Masa untuk kerja amal ialah dari 2.40 petang hingga 4.10 petang pada hari Isnin - Khamis mulai 12 Julai 2010. Bilangan pelajar untuk menjalankan kerja amal setiap petang adalah antara 5 - 10 orang.

Pelajar-pelajar yang ingin menjalankan kerja amal perlu mendaftar dengan Badan Disiplin Sekolah satu hari sebelum hari menjalankan kerja amal.

Guru pengawas kerja amal ialah guru yang ditugaskan untuk menulis laporan bertugas pada hari Isnin - Khamis setiap minggu. Laporan pengawasan kerja amal perlu dimasukkan ke dalam Laporan harian guru bertugas.

Gambar-gambar Ekspedisi ke Gunong Stong















































Tarikh: 30 Jun - 2 Julai 2010


























03 July 2010

Physics Blog

Guru dan pelajar fizik disyorkan melayari eyugc-sic.blogspot.com

02 July 2010

Anugerah dan Sijil diterima

Sijil-sijil dan anugerah-anugerah yang diterima daripada Tuan PPD Kuala Terengganu pada
29 Jun 2010

  • Penghargaan JOHAN Kejohanan Badminton Kategori P15
  • Penghargaan JOHAN Kejohanan Badminton Kategori L18
  • Penghargaan JOHAN KESELURUHAN Kejohanan Ping Pong Kategori SM MSSDKTS
  • Penghargaan JOHAN Kejohanan Bola Keranjang Kategori P18 MSSDKTS
  • Penghargaan JOHAN Kejohanan Bola Keranjang Kategori L18 MSSDKTS
  • Penghargaan NAIB JOHAN Kejohanan Olahraga Kategori SM MSSDKTS
  • Penghargaan PENGERUSI JK Statistik Kejohanan Olahraga MSSDKTS
  • Penghargaan PENGERUSI PENGELOLA Permaianan Bola Kerangjang Menengah dan Rendah

SYABAS DAN TAHNIAH kepada semua yang terlibat

Kemudahan Sediada

Dua kemudahan yang sediada tetapi kurang digunakan.

1. School Portal di www.smjk.edu.my

2. EDMS (Educational Data Management System) atau SMS (School Management System) yang dapat diakses melalui www.tgchweisin.school.my (internal network) atau www.tgchweisin.schoolnet.my (external network)

Diharap semua warga sekolah dapat memanfaatkan kegunaan kemudahan-kemudahan ini.

Keputusan Pertandingan Pancaragam 2010

Keputusan dan matlumat terkini boleh didapati di http://www.mwbc.my/ atau http://www.voteband.net/